بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum
wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji
bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama
nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah
kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam
iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu
kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan
amalan zahir dan membenarkan dengan hati.
Selawat dan
salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...
Al-Quran
Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka
kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya:
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah
perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (Fussilat 41:36)
Ada lima
jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan
seperti berikut;
1. Al-Muawwizat
2. Ayatul Kursi
3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
4. Ayat Berkubu
5. Ayat Penggerak
1.
AL-MUAWWIZAT
(PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat
iaitu;
Surah
Al-Ikhlas
Surah
Al-Falaq
Surah
An-Naas
CARA
Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
Mengangkat dua tangan seperti berdoa
Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan
ke seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.
AYATUL KURSI
Terjemahan;
Allah, tidak
ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus
menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya
apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah
tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang
mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi
Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
Baca Ayatul
Kursi dengan 9 wakaf
Untuk
melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut
pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
Untuk
melindungi rumah
baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan
seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3. AYAT 1 HINGGA 9
DALAM SURAH YAASIN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an
yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4)
(yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan
oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan
kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu
mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)
terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami
telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka kerana itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka
dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
Untuk
memegar diri, keluarga dan harta benda
Berdiri di satu
penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru
rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin
ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu
lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu
sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca
kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4. AYAT BERKUBU
Aku
berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
Berdiri
menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis
nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
Pusing ke
arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup
sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
Lakukan
perkara yang sama untuk arah timur dan utara
Berpaling
semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas.
Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
Akhir sekali
(bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa
lama yang boleh kemudian hembus.
5.
AYAT PENGERAK
Dengan nama
Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha
mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
Bila hendak
pergi ke sesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau
balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang
ke rumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat
ini tujuh kali.
Jika bacaan
tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu.
Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan
perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Sumber: Darussyifa
☞ Jika sekiranya kalian ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya
apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang
soleh.
③ Ilmu yang
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment