بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum
wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji
bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama
nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah
kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam
iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu
kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan
amalan zahir dan membenarkan dengan hati.
Selawat dan
salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...
“ LEMBUT BUDI KERANA BAHASA, LEMBUT MELAYU KERANA
ADAT "
FALSAFAH BUAH-BUAHAN
Sumber
: Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Buah
JAGUNG
☞ Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
☞ Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya
yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang Cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka
menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
BUAH DURIAN
☞ Jadilah
buah durian, jangan jadi buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh
dengan kulit yang berduri tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza
dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA : “ Don’t Jugde a
Book by The Cover. “ – Jangan menilai orang lain dari luarnya sahaja.
BUAH KELAPA
☞ Jadilah
seperti kelapa.
Semakin tua semakin pekat
santannya.
MAKSUDNYA : Semakin tua
semakin bijaksana dan berguna.
BUAH MANGGIS
☞ Jadilah
buah manggis.
Berapa banyak kelopak bunga
di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : kena jujur, apa
yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.
UBI KAYU
☞ Jadilah
ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah,
tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati
walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.
TANGKAI PETAI
☞ Jadilah
seperti tangkai petai, bukan tangkai mempelam.
Tangkai petai memberi
makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti
mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah
bersikap adil.
POKOK PISANG
☞ Jadilah
pokok pisang. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam
perkahwinan.
Sekian.
Semoga dapat menjadi teladan dan
panduan buat kita semua.
Terima kasih kerana sudi membaca J
☞ Jika sekiranya kalian ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya
apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang
soleh.
③ Ilmu yang
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment