Sunday, 15 November 2015

Rahsia, Kelebihan & Doa Hari Isnin

بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.


Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...

Hari ini hari Isnin, 16 November 2015 bersamaan 4 Safar 1437. Jom kita hayati hari-hari yang kita lalui dan sentiasa membuatkan jiwa bersyukur selalu :)


KELEBIHAN HARI ISNIN DALAM ISLAM, ZIKIR & DOA

Hadis Rasulullah tentang Kelebihan hari Isnin dalam Islam:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” 
(Riwayat Imam Tirmizi).


Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” 

(Hadis riwayat Imam Muslim).


 Peristiwa Hari Isnin

~ Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu:


1.  Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,
2.  Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu
3.  Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4.  Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5.  Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah,
6.  Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasulullah saw pada hari Isnin,
7.  Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.

Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Umat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.



Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)


Jangan lupa berdoa :)


Amin.




 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment