بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt
dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi
Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama
nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada
Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman
dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu
kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan
amalan zahir dan membenarkan dengan hati.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad
s.a.w...
Amalan
Zikir Harian Imam Al-Ghazali
Zikir Harian ini adalah amalan dari Imam
Al-Ghazali.
Hiaskanlah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya
1,000 kali sehari, andainya tidak terdaya janganlah pula tinggal semua.
Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat paling mujarab untuk jiwa.
o
Yaa haiiyu ya qaiyyuum (1000x)
Fadilatnya : Memperolehi harta
yang yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa
hidup kita.
HARI
ISNIN
o
La hawla wa laa quwwata illa billa
hil a’li yil a’zim (1000x)
Fadilatnya : Setiap bacaan,
Allah memberi ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan
beribadah kepada hambanya serta menghindarkan sifat2 mazmumah dalam diri kita.
HARI
SELASA
o
Allah humma solli a’la muhammad wa a’laa
aalii muhammad (1000x)
Fadilatnya : Setiap satu kali
bacaan, mendapat rahmat Allah dan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun
serta mendapat syafaat Rasullullah di dunia dan akhirat.
HARI
RABU
o
As targ firullah hal a’zim (1000x)
Fadilatnya : Setiap kali dibaca
zikir di atas, Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah
memberi keampunan kepada hambaNya.
HARI
KHAMIS
o
Subha nallah hil a’zimi wa bi hamdih
(1000x)
Fadilatnya : Setiap satu kali
bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau
pasir di bumi Allah dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.
HARI
JUMAAT
o
Ya Allah (1000x)
Fadilatnya : Allah akan memberi
ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah
HARI
SABTU
o
Laa ila ha illallah (1000x)
Fadilatnya : Setiap kali
menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan
kepada hamba yang memujinya.Insya Allah sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa jua yang dilakukan, hati kita sentiasa ingat Allah, hati akan menjadi tenang juga sebagai suntikan semangat bekerja.
Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya melahirkan insan yang bertakwa.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment