Wednesday, 17 February 2016

Format Surat Rasmi



Format Surat Kiriman Rasmi

PANDUAN MENULIS SURAT RASMI         
                                     
Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam.
Cara menulis surat rasmi:

1.        Nama dan Alamat Pengirim :
   
1.1         Nama pengirim ialah nama jabatan atau pejabat.
1.2         Lambang Kerajaan Malaysia diletakkan di sebelah kiri alamat pengirim.
1.3         Jarak nama dan alamat pengirim dari atas ialah “3 cm”.
1.4         Jarak nama dan alamat pengirim dari tepi ialah “2 cm”.
1.5         Pada akhir setiap baris hendaklah diletakkan tanda koma  “, “.
1.6         Pada baris akhir diletakkan tanda noktah “ . “.
1.7         Hendaklah dibuat satu garisan panjang melintang muka surat di bawah nama dan alamat pengirim iaitu dengan jarak “Langkau Dua”.
1.8         Nama dan alamat pengirim boleh ditulis dengan huruf besar.

2.    Nombor Telefon dan Faks:

2.1         Hendaklah ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan baris akhir alamat pengirim.

3.        Nama dan Alamat Penerima:

3.1         Nama dan alamat penerima ditulis dengan langkau dua di bawah garis lintang dan sama lajur dengan nama dan alamat pengirim.
3.2         Nama penerima hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan  pangkat.
                 Contoh: Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji ( isim),
3.3         Di bawah nama penerima hendaklah ditulis nama jawatan dan dikuti dengan  alamat pejabat.
3.4         Rujukan kehormat hendaklah ditulis bersesuaian dengan kedudukan atau pangkat.

                                Contoh :     Yang Berbahagia Datuk Abdul Rafie bin Mahat,
                                                    Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
                                                    Kementerian Pendidikan Malaysia,
                                                    Paras 7 ,Blok J Utara,Pusat Bandar Damansara,
                                                    50604  Kuala Lumpur. 

3.5        Pada hujung baris diletakkan tanda koma.
3.6         Baris akhir alamat penerima hendaklah diletakkan tanda noktah .
3.7         Sekiranya surat tersebut dikirimkan melalui ketua penerima ,hendaklah ditulis
“ Melalui dan salinan:”.
              3.8     Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima.

                              Contoh :
                 En. Yunos bin Husin,
                Penyelia Pendidikan Daerah,
               Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,                      (Penerima)
               33000 Kuala Kangsar,Perak.

               Melalui dan salinan:
               Pegawai Pendidikan Daerah,
               Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,        (Ketua Penerima)
               33000 Kuala Kangsar,Perak.

3.9          Sekiranya surat tersebut dikirimkan kepada penerima melalui ketua pengirim, hendaklah ditulis “Melalui dan salinan:”. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima.

               Contoh : Guru besar menulis surat kepada Pengarah Pendidikan Perak melalui
               Pegawai Pendidikan Daerah.
              Pengarah Pendidikan Perak,
              Jabatan Pendidikan Perak ,
              Jalan Tun Abdul Razak,                                                  (Penerima)
              30640 Ipoh,Perak.

              Melalui dan salinan:
              Pegawai Pendidikan Daerah,
             Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,        (Ketua Pengirim)
             33000 Kuala Kangsar,Perak.

4.       Nombor Rujukan:

4.1         Nombor rujukan surat ditulis di sudut kanan, langkau satu di bawah garis lintang.
4.2         Nombor rujukan penerima ditulis di sebelah atas dan diikuti dengan  nombor rujukan pengirim di bawahnya.    

5.        Tarikh :
5.1        Tarikh hendaklah ditulis di sebelah kanan muka surat pada baris yang sama dengan baris akhir alamat penerima.
5.2         Hari bulan ditulis dalam bentuk angka,nama bulan dieja penuh dengan huruf besar atau kecil dan tahun ditulis penuh dengan angka.

6.        Untuk Perhatian:

6.1        Untuk perhatian ditulis dalam kurungan . Boleh ditulis dengan frasa penuh atau dalam bentuk akronim.
(Untuk perhatian: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)
atau
(u.p. : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah )

7.        Perkataan Menghadap Surat:
7.1         Iaitu panggilan (sapaan) atau rujukan kehormat kepada penerima.
7.2          Panggilan ini mesti sesuai dengan darjat,pangkat, gelaran dan jantina penerima.

                       Contoh :
                              Yang Berhormat,
                              Yang Mulia,
                              Yang Berhormat Mulia,
                              Tan Sri,
                              Dato’,   atau  Datuk,
                              Tuan,  atau  Puan, 

Catatan:     Sapaan bagi ketua jabatan tidak terikat kepada jantina.Contohnya
                    sapaan “tuan” boleh digunakan bagi ketua jabatan lelaki atau
                    perempuan. Begitu juga sapaan kepada penerima yang umum
                   digunakan sapaan “tuan”. 
7.3         Panggilan menghadap surat ini hendaklah ditulis dengan langkau dua di  bawah nama  dan alamat penerima dan selajur dengan alamat penerima.
7.4         Letakkan tanda koma “ ,” di hujungnya.


8.          Perkara atau Tajuk Surat:

8.1         Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur
                        dengan nama dan alamat pengirim serta penerima.
8.2         Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan  kandungan surat.
8.3         Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan  digariskan.
8.4         Jika tajuk surat  lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan.
8.5         Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah.

            Contoh:
           Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan
           Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar  Tahun 2003                   

9.             Pemerengganan: 

 9.1     Perenggan pertama atau pembuka surat ditulis dengan langkau dua di bawah 
                         tajuk  dan dimulakan selajur dengan tajuk,nama dan alamat pengirim dan
                         penerima.
 9.2     Perenggan pertama tidak dinomborkan dengan nombor “1” tetapi jika ada
                          pecahan maklumat yang hendak disampaikan boleh gunakan pecahan berikut:
1.1
1.2
1.3 … dan seterusnya.
 9.3     Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan dengan angka dan noktah.
 9.4     Jarak antara satu perenggan dengan perenggan yang lain ialah langkau dua.
 9.5     Bagi perenggan yang mempunyai pecahan hendaklah digunakan pecahan :
           2.1
           2.2
           2.3 … dan seterusnya.
           Jika ada pecahan seterusnya gunakan huruf ( abjad)
           (a)
           (b)
           (c) … dan seterusnya.

10.     Penutupan  Surat : 

10.1     Penutupan surat rasmi hendaklah ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan    
                          atau hasrat surat tersebut dan tiada nombor.
10.2    Penutupan surat rasmi terdapat tiga penanda wacana dan cogan kata iaitu:
a.      Penanda Antisipasi
b.      Penanda  Penamat
c.      Cogan Kata
d.      Penanda Akuan atau Rujukan Diri
10.3    Contoh Penanda Antisipasi :
a.     Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
b.      Atas jasa baik tuan mempertimbang permohonan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
c.      Kesudian tuan melapangkan masa bagi menerima jemputan kami amatlah disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  .
10.4   Contoh Penanda Penamat:
a.      Sekian terima kasih.
b.      Sekian.
c.      Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.
10.5   Contoh Cogan Kata: Ditulis dengan huruf besar dalam kata petik (“ ”)

                                 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

10.6   Contoh Penanda Akuan atau Rujukan Diri:
a.     Saya yang menurut perintah,
b.     Yang benar,
c.      Patik dengan hormat dan takzimnya,
d.      Di hujung kata akuan hendaklah diletakkan tanda koma “,”
e.      Kata akuan ditulis sebelah kiri selajur dengan penutupan dengan jarak   langkau  dua di bawah cogan kata.
.
11. Tandatangan dan Nama Pengirim:

 11.1    Tandatangan diturunkan di bawah  Penanda Akuan.
 11.2    Di bawah tandatangan ditulis nama penuh pengirim dengan huruf besar dan  
                          diletakkan dalam kurungan .Di bawahnya ditulis nama jawatan dan perkataan  “bagi pihak”  ketua jabatan jika berkaitan.
               11.3    Tidak boleh tulis kata sapaan sebelum nama seperti Encik,Tuan, Yang
                          Berhormat, Yang Mulia dan lain-lain lagi
               11.4    Perkataan “bagi pihak” biasanya ditulis dalam akronim “ b.p.”
               11.5    Di bawah jawatan tidak perlu letak alamat pejabat.

12.  Salinan Kepada :

 12.1 Sekiranya perlu dikirimkan salinan surat tersebut kepada pihak lain,tuliskan
                           dalam jarak langkau dua di bawah nama pengirim.
                            a.   Jika salinan surat untuk edaran dalaman dan jabatan yang sama ,nama         
                                  penerima tidak perlu dituliskan alamat penuh.
            Contoh:
            s.k. :
                  1. Pengarah Pendidikan Perak.
                  2. Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.
                  3. Semua Ketua Sektor.
                  4. Semua Pegawai Pendidikan Daerah.
b.   Jika salinan surat untuk dihantar kepada pihak lain di luar jabatan
                               hendaklah ditulis nama penerima dan beralamat penuh.
Contoh:
 s.k. :
                          1.    Pengarah Pendidikan Melaka,
                                 Jabatan Pendidikan Melaka,
                                 Jalan Bukit Beruang,
                                 75902 Melaka.
         Di bawah “salinan kepada “boleh juga diltuliskan arahan-arahan
         tertentu.
           Contoh:
                     s.k.: 
                           1 Guru Besar SK. Kampung Maamor,Sungai Siput(U):
                                Sila kemukakan dokumen berikut ke  Jabatan Pendidikan Perak
                                 ( u.p.: Ketua Sektor Pengurusan  Perkhidmatan Pendidikan )

13.              Penulisan Muka Surat:
 Ditulis di hujung sebelah kanan atau di bahagian tengah.Sebaiknya ada
            penanda sambungan di muka surat  sebelah sekiranya ada sambungan.

============================================================================
 
CONTOH SURAT MINTA MAKLUMAT 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                      Telefon :  05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                                05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.         (ALAMAT PENGIRIM)           Faks      : 05-7761188
_____________________________________________________________
(PENERIMA)                                                      (RUJUKAN)
Semua Guru Besar,                                             Ruj. Tuan  : 
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,                        Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Daerah Kuala Kangsar.                                       Tarikh       :  13 September 2003
Tuan,
Maklumat GuruSandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti
dan Guru Kontrak         (TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  pihak Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengemaskinikan maklumat tersebut .    (PENANDA RUJUKAN)
1.      Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat tersebut
untuk perhatian Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  (R ) pada18 September 2003.
                 (PENANDA PERINTAH)

3.                  Bersama-sama ini, disertakan Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan tuan selanjutnya.   (PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA)
Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


(ABD. RASHID BIN OMAR )
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
b. p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

==========================================================================
  
CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                          05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.                                                          Faks      : 05-7761188
________________________________________________________________
(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)
Semua Guru Besar,                                       Ruj. Tuan  : 
Sekolah Rendah,                                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )
Daerah Kuala Kangsar.                                 Tarikh       :  15 September 2003
Tuan,
Mesyuarat Pengurusan Sekolah Rendah
Daerah Kuala Kangsar Kali Keenam  Tahun 2003( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  mesyuarat  tersebut akan diadakan seperti yang berikut:
(PENANDA RUJUKAN)
                     Tarikh    :  24 September 2003  ( Rabu  ).
                     Masa     :  9.00  Pagi.
                     Tempat  :  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsung Wah,Kuala Kangsar.  
2.        Sehubungan dengan ini,  tuan dijemput hadir  dalam mesyuarat tersebut.
(PENANDA PERINTAH)
3.         Bersama-sama ini, disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu untuk makluman dan tindakan  tuan.
( PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.    (PENANDA ANTISIPASI)
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah( R ),
b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

===============================================================================

CONTOH SURAT JEMPUTAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                          Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                   05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.                                                  Faks      : 05-7761188
________________________________________________________________________
(PENERIMA)                                                                    (RUJUKAN)
Yang Berbahagia,                                                     Ruj. Tuan  : 
Dato’ Haji Adnan bin Haji Ibrahim,                        Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 13 )
Pengarah Pendidikan Perak,
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak.                                                   Tarikh       :  3 Mac  2003
Yang Berbahagia Dato’,

Jemputan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan
Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 Tahun 2003         ( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 akan diadakan seperti yang berikut :    (PENANDA RUJUKAN)
                    Tarikh    : 7 – 9 Mac 2003.
                    Masa     : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.
                    Tempat  : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.
2.                  Dengan sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berbahagia Dato’ untuk merasmikan majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 7 Mac 2003 ,pukul 2.30 petang
di Padang Kolej Melayu,Kuala Kangsar.
                 (PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN )
Atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ menerima jemputan ini  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA)
Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


(HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED, AMN.)
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

=========================================================================

CONTOH SURAT “LAMPIRAN”

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                           05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.                                                         Faks      : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)
Ketua Unit Sekolah Rendah,                         Ruj. Tuan  : 
Jabatan Pendidikan Perak,                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 25)
Jalan Tun Abdul Razak,                               
30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  2 Ogos  2003
Tuan,
Data Guru ,Murid  dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003
( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  bersama-sama ini disertakan  Data Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.
(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA PENYERTAAN)
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)


(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah ( R ),
b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.






Rujukan:
1. Panduan Menulis Surat (DBP)
2. Gaya Bahasa Dewan  (DBP)
3. Pekeliling Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.
4. Tatabahasa Dewan (DBP).


No comments:

Post a Comment