Sunday, 15 November 2015

4 Wanita Teragung Dunia

4 Wanita Teragung Dunia

Sungguh susah untuk menjadi seperti mereka. Tetapi kita boleh contohi setiap pengorbanan mereka.

 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali

بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...

Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali
Zikir Harian ini adalah amalan dari Imam Al-Ghazali.
Hiaskanlah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya 1,000 kali sehari, andainya tidak terdaya janganlah pula tinggal semua. 
Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat paling mujarab untuk jiwa.

 HARI AHAD
o   Yaa haiiyu ya qaiyyuum (1000x)
Fadilatnya : Memperolehi harta yang yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita.

HARI ISNIN
o   La hawla wa laa quwwata illa billa hil a’li yil a’zim (1000x)
Fadilatnya : Setiap bacaan, Allah memberi ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada hambanya serta menghindarkan sifat2 mazmumah dalam diri kita.

HARI SELASA
o   Allah humma solli a’la muhammad wa a’laa aalii muhammad (1000x)
Fadilatnya : Setiap satu kali bacaan, mendapat rahmat Allah dan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun serta mendapat syafaat Rasullullah di dunia dan akhirat.

HARI RABU
o   As targ firullah hal a’zim (1000x)
Fadilatnya : Setiap kali dibaca zikir di atas, Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan kepada hambaNya.

HARI KHAMIS
o   Subha nallah hil a’zimi wa bi hamdih (1000x)
Fadilatnya : Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.

HARI JUMAAT
o   Ya Allah (1000x)
Fadilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah

HARI SABTU
o   Laa ila ha illallah (1000x)
Fadilatnya : Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya.

Insya Allah sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa jua yang dilakukan, hati kita sentiasa ingat Allah, hati akan menjadi tenang juga sebagai suntikan semangat bekerja.

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya melahirkan insan yang bertakwa.

 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...

Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Seorang kafir yang ingin memeluk Islam mestilah mengucapkannya. Ini kerana keimanan yang berada di hati tidak akan diketahui melainkan dizahirkan dengan ucapan. Namun, ucapan dua kalimah syahadah tanpa keimanan di hati, tidaklah menjadikan seseorang itu Islam di sisi Allah SWT.

Syahadah (The Word Of Witness - Kalimah Of Witness)
Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).
(I Bear Witness That There is No ILLAH Except Allah
And I Bear Witness that Muhammad [SAW] is the Messenger and Servant of Allah)

Maksud Dua Kalimah Syahadah

Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.

Terdapat beberapa perkara yang dituntut di dalam kalimah syahadah :-
  •             Amar maaruf dan nahi mungkar
  •                            Sentiasa bersyukur atas segala rahmatNya
  •                           Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan
  •             Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan setia menjalankan perintahNya.

Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah”

Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.

 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya.
 Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Rahsia, Kelebihan & Doa Hari Isnin

بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...

Hari ini hari Isnin, 16 November 2015 bersamaan 4 Safar 1437. Jom kita hayati hari-hari yang kita lalui dan sentiasa membuatkan jiwa bersyukur selalu :)

KELEBIHAN HARI ISNIN DALAM ISLAM, ZIKIR & DOA

Hadis Rasulullah tentang Kelebihan hari Isnin dalam Islam:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” 
(Riwayat Imam Tirmizi).

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” 

(Hadis riwayat Imam Muslim).

 Peristiwa Hari Isnin

~ Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu:

1.  Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,
2.  Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu
3.  Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4.  Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5.  Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah,
6.  Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasulullah saw pada hari Isnin,
7.  Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.

Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Umat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.

Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Jangan lupa berdoa :)

Amin.