بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum
wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Post hari ni saya nak kongsikan sedikit berkenaan cuaca jerebu yang dah beberapa hari ini kurang memuaskan (nak bernafas pun sesak dgn mask bagai).
Berikut adalah bacaan ipu terkini (5 Oktober 2015) seperti di bawah :-
sumber : berita Awani |
Sedikit sebanyak teringat saya tentang surah Ad-Dukhan. Apa kaitannya dengan surah Ad-Dukhan. Jom kita baca lagi...
SURAH AD-DUKHAN
Surah
Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam
Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat.
Dinamakan
Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerebu atau Asap’.
Ia
mengandungi amaran Allah SWT terhadap
kaum kafir musyrik yang
menetang Nabi Muhammad SAW bahawa
mereka akan ditimpakan azab sengsara
semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang
amat dashyat.
Menurut riwayat
Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:
Orang-orang
kafir Makkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama
Islam, dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad SAW,
kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana
Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan
Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau
yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana
kelaparan.
Mereka
selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak
satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang
menutupi pandangan mereka.
Akhirnya
mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan.
Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti
asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.
Menurut tafsir Ahmad Sonhadji,
" Surah ini
diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap.
Dinamakan surah ini Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti
kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan
atau memberi peringatan kepada
yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; " sebagaimana yang
Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini;
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)
KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH AD-DUKHAN
Terdapat
beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi
mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:
1. Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa
Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan
memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau
masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR:
Al Baihaqi).
2. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a,
sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad;“Sesungguhnya aku
simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah
Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda
lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.
3. Dari Abi Ja’far r.a., beliau
berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surahAd-Dukhan
dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akanmembangkitkannya bersama
orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari
Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya
dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari
sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)
FADHILAT SURAH AD-DUKHAN DI MALAM JUMAAT
1. Daripada Abi Hurairah
r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat;
maka di beri keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
2. Dari Umamah pula
menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat
maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).
3.
Disebutkan
dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka
akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Baginda SAW
juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan
dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu
Malaikat.”
MEMBACA SURAH AD-DUKHAN, diampunkan oleh Malaikat
1. Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan
setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70,000) malaikat memohon
ampun untuknya.” (HR.
Tirmidzi)
2. Daripada Abu Hurairah
r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam;
maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
3. Rasulullah SAW
bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan
di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi)
KHASIAT AYAT-AYAT SURAH AD-DHUKAN
Mengamalkan
membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
µ Khasiat ayat 1-8
– Membantu membinasakan musuh.
µ Khasiat ayat 12
– Dijauhkan daripada ditimpa bala.
µ Khasiat ayat
59 – Dapat
membantu memenangi berhujah.
Mudah-mudahan
kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari
huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59
ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami
erti dan maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat
akan memohon ampun untuk pembacanya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Semoga dapat menjadi teladan dan
panduan buat kita semua.
Terima kasih kerana sudi membaca :)
☞ Jika sekiranya kalian ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya
apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang
soleh.
③ Ilmu yang
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه