Wednesday 28 December 2016

APA ITU EMAS



Assalammualaikum W.B.T...
Pembaca budiman sekalian..



Hari ini ramai yg bertanya pada saya bagaimana ingin membina empayar perniagaan yg besar dgn begitu pantas?senang jer jawapan nya...buatlah pelaburan emas.





Tidak kira ianya Emas Maya @ Fizikal....pastikan ianya emas. Ramai di antara kita yg tidak sedar bagaimana hal ini berlaku? Ianya perlukan teknik dan skill...mengambil satu masa dan pengorbanan yg konsisten serta istiqamah yg berterusan.



Tidakkah pernah anda terfikir sistem ini telah lama diguna pakai oleh golongan elit utk menambah ekonomi yg sedia ada pada hidup mereka? Kita sering dikaburi dgn Hutang yg tidak pernah selesai dan sering saja merungut asal ada saja benda yg tidak cukup. Memang manusia begitu lahiriahnya..



Di sini saya ingin Kongsi kan bersama-sama anda Teknik & Skill yg saya guna pakai untuk membuat hidup anda berubah 400%. Ramai yg tidak ambil kisah dan tahu tentang ini...



Oleh itu mereka lalai dgn hidup masing-masing yg tidak pernah berubah.Renungi sejenak: Bagaiman hari ini golongan cina boleh mencipta kekayaan lebih dari Melayu kita sendiri? Bagaimana orang pakistan dtg Malaysia lenggang jer...tau-tau da ada kedai karpet, banyak pula tu...Orang luar datang Malaysia jadi kaya tapi kita sendiri miskin di Negara sendiri.



Marilah sejenak kita renung-renungkan…..

Asalammualaikum W.B.T. pembaca budiman sekalian.. hari ini ramai yg bertanya pada saya bagaimana ingin membina empayar perniagaan yg besar dgn begitu pantas?senang jer jawapan nya...buatlah pelaburan emas.Tidak kira ianya Emas Maya @ Fizikal....pastikan ianya emas. Ramai diantara kita yg tidak sedar bagaimana hal ini berlaku?Ianya perlukan teknik dan skill...mengambil satu masa dan pengorbana yg konsisten serta istiqamah yg berterusan.Tidakkah pernah anda terfikir sistem ini telah lama diguna pakai oleh golongan elit utk menambah ekonomi yg sedia ada pd hidup mereka?Kita sering dikaburi dgn Hutang yg tidak pernah selesai dan sering saja merungut asal ada saja benda yg tidak cukup.Memang manusia begitu lahiriahnya.. Disini saya ingin Kongsi kan bersama-sama anda Teknik & Skill yg saya guna pakai utk membuat hidup anda berubah 400%.Ramai yg tidak ambil kisah dan tahu tentang ini...oleh itu mereka lalai dgn hidup masing-masing yg tidak pernah berubah.Renungi sejenak:Bagaiman hari ini golongan cina boleh mencipta kekayaan lebih dari Melayu kita sendiri?Bagaimana orang pakistan dtg Malaysia lenggang jer...tawu-tawu da ada kedai karpet,banyak pula tu...Orang luar dtg Malaysia jd kaya tp kita sendiri miskin di Negara sendiri. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Asalammualaikum W.B.T. pembaca budiman sekalian.. hari ini ramai yg bertanya pada saya bagaimana ingin membina empayar perniagaan yg besar dgn begitu pantas?senang jer jawapan nya...buatlah pelaburan emas.Tidak kira ianya Emas Maya @ Fizikal....pastikan ianya emas. Ramai diantara kita yg tidak sedar bagaimana hal ini berlaku?Ianya perlukan teknik dan skill...mengambil satu masa dan pengorbana yg konsisten serta istiqamah yg berterusan.Tidakkah pernah anda terfikir sistem ini telah lama diguna pakai oleh golongan elit utk menambah ekonomi yg sedia ada pd hidup mereka?Kita sering dikaburi dgn Hutang yg tidak pernah selesai dan sering saja merungut asal ada saja benda yg tidak cukup.Memang manusia begitu lahiriahnya.. Disini saya ingin Kongsi kan bersama-sama anda Teknik & Skill yg saya guna pakai utk membuat hidup anda berubah 400%.Ramai yg tidak ambil kisah dan tahu tentang ini...oleh itu mereka lalai dgn hidup masing-masing yg tidak pernah berubah.Renungi sejenak:Bagaiman hari ini golongan cina boleh mencipta kekayaan lebih dari Melayu kita sendiri?Bagaimana orang pakistan dtg Malaysia lenggang jer...tawu-tawu da ada kedai karpet,banyak pula tu...Orang luar dtg Malaysia jd kaya tp kita sendiri miskin di Negara sendiri. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Efs
Tentang Emas Asalammualaikum W.B.T. pembaca budiman sekalian.. hari ini ramai yg bertanya pada saya bagaimana ingin membina empayar perniagaan yg besar dgn begitu pantas?senang jer jawapan nya...buatlah pelaburan emas.Tidak kira ianya Emas Maya @ Fizikal....pastikan ianya emas. Ramai diantara kita yg tidak sedar bagaimana hal ini berlaku?Ianya perlukan teknik dan skill...mengambil satu masa dan pengorbana yg konsisten serta istiqamah yg berterusan.Tidakkah pernah anda terfikir sistem ini telah lama diguna pakai oleh golongan elit utk menambah ekonomi yg sedia ada pd hidup mereka?Kita sering dikaburi dgn Hutang yg tidak pernah selesai dan sering saja merungut asal ada saja benda yg tidak cukup.Memang manusia begitu lahiriahnya.. Disini saya ingin Kongsi kan bersama-sama anda Teknik & Skill yg saya guna pakai utk membuat hidup anda berubah 400%.Ramai yg tidak ambil kisah dan tahu tentang ini...oleh itu mereka lalai dgn hidup masing-masing yg tidak pernah berubah.Renungi sejenak:Bagaiman hari ini golongan cina boleh mencipta kekayaan lebih dari Melayu kita sendiri?Bagaimana orang pakistan dtg Malaysia lenggang jer...tawu-tawu da ada kedai karpet,banyak pula tu...Orang luar dtg Malaysia jd kaya tp kita sendiri miskin di Negara sendiri. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Tentang Emas Asalammualaikum W.B.T. pembaca budiman sekalian.. hari ini ramai yg bertanya pada saya bagaimana ingin membina empayar perniagaan yg besar dgn begitu pantas?senang jer jawapan nya...buatlah pelaburan emas.Tidak kira ianya Emas Maya @ Fizikal....pastikan ianya emas. Ramai diantara kita yg tidak sedar bagaimana hal ini berlaku?Ianya perlukan teknik dan skill...mengambil satu masa dan pengorbana yg konsisten serta istiqamah yg berterusan.Tidakkah pernah anda terfikir sistem ini telah lama diguna pakai oleh golongan elit utk menambah ekonomi yg sedia ada pd hidup mereka?Kita sering dikaburi dgn Hutang yg tidak pernah selesai dan sering saja merungut asal ada saja benda yg tidak cukup.Memang manusia begitu lahiriahnya.. Disini saya ingin Kongsi kan bersama-sama anda Teknik & Skill yg saya guna pakai utk membuat hidup anda berubah 400%.Ramai yg tidak ambil kisah dan tahu tentang ini...oleh itu mereka lalai dgn hidup masing-masing yg tidak pernah berubah.Renungi sejenak:Bagaiman hari ini golongan cina boleh mencipta kekayaan lebih dari Melayu kita sendiri?Bagaimana orang pakistan dtg Malaysia lenggang jer...tawu-tawu da ada kedai karpet,banyak pula tu...Orang luar dtg Malaysia jd kaya tp kita sendiri miskin di Negara sendiri. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Wednesday 17 February 2016

INDUSTRI SAWIT DI MALAYSIA


Ladang Sawit
DEFINISI

Sawit atau nama saintifiknya Elaeis Guineesis sebenarnya berasal dari Afrika Selatan. Pada tahun 1848, empat anak benih tanaman sawit telah dibawa dari Afrika dan ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia. Pada tahun 1880-an, benih ini kemudiannya telah dibawa ke Deli, Sumatera untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Pada tahun 1911, benih ini kemudiannya dibawa ke Rantau Panjang, Kuala Selangor, juga untuk dijadikan tanaman hiasan. 


ASAL USUL


Sejarah awal industri sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917, apabila benih kelapa sawit Dura (tempurung tebal) dari Rantau Panjang, Selangor mula ditanam di Ladang Tenmaran, Kuala Selangor. Dengan melakukan beberapa kaedah penyelidikan dan memahami pewarisan bentuk buah kelapa sawit, penanaman komersial daripada baka Dura kepada baka kacukan Dura x Pisifiera (DxP) mula dijalankan. 

Buah Pisifera adalah buah sawit yang tidak mempunyai tempurung, dan dikenali sebagai buah mandul betina iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Baka kacukan DxP menghasilkan buah tanera (kelapa sawit yang mempunyai tempurung nipis). 

Pokok kelapa sawit yang menggunakan baka jenis DxP adalah lebih rendah dan tandannya sangat besar. Banyak kelebihannya apabila baka jenis DxP ini ditanam. Pertama, disebabkan ia rendah daripada baka Dura, ia memudahkan pekerja ladang untuk memetik buah kelapa sawit. Kedua, lebih banyak pokok kelapa sawit dapat ditanam dalam satu hektar tanah kerana sifat pokok itu yang lebih rendah dan yang ketiga, kerana sifat tempurungnya yang nipis, maka ia menghasilkan minyak yang banyak. 

Kini, jika kita tinjau ladang kelapa sawit yang terdapat di Malaysia, kebanyakannya telah di dominasi dengan pokok kelapa sawit jenis DxP.


PENANAMAN SAWIT DI MALAYSIA


Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. 

Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini.

Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia. 

Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia, Malaysia pastinya memiliki formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan hasil menerusi usaha pembiakbakaan yang efektif. Dengan memperkenalkan program pembiakbakaan sawit, peningkatan hasil minyak sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian terhadap daya tahan perosak dan penyakit juga dilakukan.

Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia tentang tanaman kelapa sawit di Malaysia menunjukkan:- 

  • Terdapat seluas 4,853,766 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2010 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. 
  • Bilangan ladang kelapa sawit pula mencatat angka 4,370 pada tahun 2010 berbanding 690 pada tahun 1975.
  • Pada tahun 2011, sebanyak 18.91 juta tan minyak sawit mentah telah dihasilkan, iaitu 11.3% lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2010.
  • Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah negara kita. Pada tahun 2010, kadar eksport ke negara China adalah sebanyak 11.37 juta tan atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia untuk tahun 2010.

Jika dilihat ketika berlakunya krisis kewangan dunia pada tahun 1997/1998, industri sawit telah mampu menyelamatkan ekonomi negara. Pada ketika itu, industri sawit telah dapat kekal berdaya saing dan telah memainkan peranan sebagai penyelamat ekonomi negara. Permintaan terhadap minyak sawit mentah dan produk berkaitannya terus kukuh walaupun keadaan ekonomi pada ketika itu tidak stabil. 

Kemampuan negara dalam memenuhi kehendak pasaran dunia juga amat bergantung kepada produktiviti pengusaha ladang kelapa sawit yang mana kebanyakannya adalah pekebun kecil atau peneroka. Walau bagaimanapun, produktiviti sawit bergantung kepada usia tanaman itu. Bagi memastikan keberkesanan dalam pengeluaran hasil yang lebih tinggi, peneroka ladang kelapa sawit telah disarankan supaya melakukan penanaman semula ke atas pokok-pokok sawit yang sudah berusia lebih 20 tahun.


KEGUNAAN

Siapa sangka 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai produk makanan manakala selebihnya digunakan dalam pembuatan produk makanan. Terdapat 3 bahan utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit yang telah diproses di kilang. Bahan-bahan itu ialah:-


  • Isirung kelapa sawit – Digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan. Setelah diproses ia juga boleh dijadikan bahan serbuk pencuci dan asid lemak

  • Minyak isirung kelapa sawit – Terlalu banyak kegunaan minyak isirung kelapa sawit antaranya seperti diproses untuk membuat marjerin, lemak makanan dan aiskrim. Penggunaan minyak isirung kelapa sawit dalam pembuatan aiskrim menjadikan ia lebih lembut dan gebu, serta tidak mudah rosak. Ia juga boleh diproses untuk dijadikan bahan sabun pencuci, asid lemak, bahan untuk alat solek, minyak gris, minyak pelincir, lilin dan ubat-ubatan.

  • Minyak sawit mentah – Paling sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak makanan. Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit juga telah terbukti dapat menghasilkan produk krimer bukan berasaskan tenusu. Produk krimer berasaskan minyak sawit terbukti dapat bertahan lebih lama malahan rasanya lebih enak! Jangan tak percaya minyak sawit mentah juga boleh diproses untuk dijadikan serbuk santan kelapa. Serbuk santan ini lebih berkhasiat kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Rasanya juga lebih sedap dan tidak mudah basi.


CABARAN

Walaupun Malaysia sudah tercatat sebagai negara pengeluar utama minyak sawit dunia, tetapi tidak semestinya gelaran itu akan kekal bersama kita selama-lamanya. Ternyata terdapat banyak halangan yang perlu dihadapi oleh negara untuk terus kekal sebagai peneraju dalam pengeluaran minyak sawit dunia.  

Permintaan dunia terhadap minyak sawit mentah adalah tidak stabil menyebabkan harganya turun naik. Sekatan tarif dan bukan tarif yang bertujuan untuk mengehadkan penembusan pasaran tempatan, seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah, memberi impak kepada harga pasaran minyak sawit. 

Persaingan. Seperti yang diketahui umum, Malaysia bukanlah satu-satunya negara pengeluar minyak sawit dunia, malah negara-negara di selatan Amerika dan benua Afrika turut menanam pokok kelapa sawit untuk mendapatkan minyaknya. 

Oleh itu, Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara pengeksport minyak sawit. Negara pengimport pula berpeluang untuk membuat pilihan dan memilih negara yang menawarkan kualiti minyak yang terbaik untuk menjadi pembekal minyak sawit ke negara mereka. 

Pada hujung abad ke-20, kumpulan penyokong alam sekitar dan pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat telah melancarkan kempen anti minyak sawit. Kempen ini dilancarkan oleh kumpulan ini atas dakwaan bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol darah seterusnya menjadi salah satu punca penyakit jantung. Minyak sawit juga didakwa sebagai salah satu ejen penyakit kanser. Kumpulan ini kemudiannya mencadangkan alternatif untuk menukar penggunaan minyak kelapa sawit kepada minyak kacang soya dan bunga matahari.  

Kumpulan penyokong alam sekitar ini juga mendakwa penebangan hutan bagi tanaman sawit mencabul hak asasi manusia di samping memusnahkan habitat orang utan. Namun begitu, dengan berbekalkan bukti-bukti kukuh yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan oleh PORIM, negara kita mampu menangkis serangan berkenaan. Kesan buruk kempen yang dijalankan oleh negara-negara pengeluar minyak sayuran tersebut tidak menjejaskan pasaran dan permintaan daripada negara-negara pengeksport minyak sawit yang sudah lama berdagang dengan negara kita. 

Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran minyak ini menjadi semakin meningkat. 

Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan kilang pemprosesan. Buah-buah kelapa sawit ini terpaksa dihantar ke kilang yang paling dekat, menyebabkan mutu minyaknya berkurangan kerana buahnya lambat diproses.

Ladang-ladang juga mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan, dan masih banyak bergantung kepada buruh asing bagi kerja-kerja penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan ladang kelapa sawit. Pekerja tempatan kurang berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit atas sebab kos upah yang murah dan kerja yang memenatkan.

Selain itu, Malaysia juga menghadapi masalah tanah yang terhad untuk penanaman kelapa sawit dan hanya bergantung kepada kawasan perladangan sawit yang sedia ada.

Ladang kelapa sawit juga tidak terlepas daripada serangan serangga seperti kumbang badak dan penyakit ganoderma yang menjadi ancaman kepada industri. Serangan secara besar-besaran mampu menggugat pengeluaran minyak sawit kerana pokok kelapa sawit yang diserang musnah sama sekali.

Di samping itu, faktor cuaca juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan pengeluaran minyak sawit. Cuaca panas dan kemarau serta berjerebu akan turut mendatangkan kesan buruk kepada pokok kelapa sawit. 


KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar mensyukuri dan mempromosi industri sawit negara ke tahap yang sepatutnya, agar dapat terus kukuh dan berdaya saing di arena antarabangsa. 

Dengan adanya pengurusan yang bijak seperti FELDA dan agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan dengan tanaman ini, diharap akan dapat membantu menangani cabaran yang ada seterusnya menghasilkan produk yang bermutu dan hasil tuaian yang dapat memenuhi permintaan dunia. 

Aktiviti-aktivit kajian dan penyelidikan (R&D) perlu ditingkatkan untuk menghasilkan penemuan baharu dalam bidang, memastikan kualiti minyak sawit adalah pada tahap yang tertinggi dan mempelbagaikan penggunaan sawit itu sendiri. Ini seterusnya dapat memastikan negara kita kekal sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia.   

Industri minyak sawit adalah salah satu cerita kejayaan negara kita, Malaysia. Tanpa industri sawit, rakyat Malaysia akan kehilangan salah satu sumber penting pendapatan negara dan seterusnya ekonomi negara kita mungkin akan dilanda krisis ekonomi. 




PENANDA WACANA


Ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.

1.   Penanda Rujukan:
      Pada kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan
      pertama.

      Contoh:
i.                Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan
ii.              Dengan hormatnya saya merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia  yang  rujukannya KP (AM)2952/18/(20) bertarikh 26 Mei 2003 tentang perkara di atas.

2.   Penanda Penyertaan:
      Ungkapan yang digunakan untuk memberi isyarat bahawa ada disertakan sesuatu.

     Contoh:
i.               Bersama-sama ini,disertakan “Lampiran A” untuk tuan kemas kini..
ii.             Bersama-sama ini, saya lampirkan…
iii.           Dengan ini saya lampirkan sesalinan helaian yang tuan kehendaki…

3.   Penanda Makluman:
      Ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat.

      Contoh:
i.               Dengan ini dimaklumkan bahawa…
ii.             Sukacita dimaklumkan bahawa…
iii.           Dukacita dimaklumkan bahawa…
iv.           Dengan  sukacita dimaklumkan bahawa…

4.    Penanda Perintah atau Arahan:
       Ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan perintah.

       Contoh:
i.        Perintah kasar atau tegas:
a.      Saya telah diarahkan bagi memberitahu tuan…
b.      Dengan ini tuan diingatkan bahawa…
c.      Seyogia tuan diingatkan supaya…
d.      Saya diarahkan merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa…
e.      Sila beri sebab tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap tuan.
ii.       Memberi Harapan:
a.      Dengan ini diharapkan tuan…
b.      Pihak kami mengharapkan tuan dapat…
c.      Saya mengharapkan tuan memaklumkan perkara tersebut kepada…
iii.    Nasihat :
a.      Tuan dinasihatkan supaya…
b.      Dengan ini tuan dinasihatkan supaya lapor diri dengan segera.
c.      Pihak tuan didapati melanggar peraturan… dan dinasihatkan…

iv.     Permintaan:
a.      Saya memohon jasa baik tuan…
b.      Diharapkan tuan sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari tersebut.
c.      Sukacita sekiranya mendapat kerjasama daripada…
d.      Ingin saya mendapatkan penjelasan tuan tentang…

5.    Penanda Sebab-musabab:
       Ungkapan yang menunjukkan penanda sesuatu peristiwa yang menyebabkan
       peristiwa yang lain berlaku.

       Contoh:
            5.1   Saya berkeberatan menerima jemputan tersebut kerana…
            5.2   Kejadian tersebut amatlah dikesali dan pihak kami…
            5.3   Terima kasih atas jemputan tuan tetapi saya memohon maaf kerana…
            5.4   Atas kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan… 

6.    Penanda Matlamat:
       Ungkapan yang menunjukkan danya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.
   6.1    Untuk tujuan…
   6.2     Untuk pengetahuan tuan…
   6.3     Untuk makluman tuan…

7.    Penanda Perwakilan:
       Ungkapan yang digunakan bagi menandakan wakil bagi pihak tertentu.
   7.1     Bagi pihak kakitangan jabatan ini,saya…
   7.2     Bagi pihak semua anggota keluarga jabatan ini, ingin saya…
   7.3     Sebagai wakil Jabatan Pendidikan Perak ,saya ingin memaklumkan… 

8.    Penanda Pendapat:
       Ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu pendapat.
8.1    Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan… 
8.2    Ekoran perbincangan antara  pegawai daripada jabatan tuan dengan pihak kami tempoh hari, saya ingin mencadangkan…
8.3    Oleh sebab tuan akan menghadiri persidangan tersebut, dicadangkan…

9.    Penanda Penegas:
      Ungkapan yang digunakan bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.
            9.1     Dengan hormat dimaklumkan bahawa tuan dikehendaki…
            9.2     Dengan ini, menjadi harapan kami…
            9.3     Dengan ini, didapati pihak tuan telah …

10.   Penanda Sambungan:
       Ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan kaitan peristiwa dari segi waktu.
           10.1     Sebagai lanjutan surat saya dahulu…
           10.2     Berikutan daripada percakapan kita tempoh hari…
           10.3     Dalam mesyuarat tempoh hari telah diputuskan bahawa…

11.     Penanda Sikap:
          Ungkapan yang digunakan bersifat emotif tertentu dan boleh dibahagikan kepada
          positif dan negatif.

           11.1      Positif :
i.    Saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tuan…
ii.   Saya  tidak berhalangan membenarkan pegawai tersebut menghadiri…
iii.  Saya tidak berkeberatan…
           11.2      Negatif:
i.      Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak membenarkan…
ii.     Kejadian itu sangat dikesali kerana pihak tuan tidak…
iii.    Pihak kami berhalangan membenarkan pegawai tersebut…

12.    Penanda Antisipasi:
         Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan 
         penghargaan dan sebab-musabab.

      12.1     Atas kerjasama tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
      12.2     Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
      12.3     Dengan kehadiran tuan  akan menyerikan lagi majlis kami.
    12.4     Atas pertimbangan tuan bagi permohonan ini amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
    12.5     Atas kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

13.    Penanda Penamat:
         Ungkapan yang memberikan isyarat akan berakhirnya isi surat.
      13.1    Sekian terima kasih.
      13.2    Sekian.
      13.3    Sekian jutaan terima kasih.

14.    Penanda Akuan  atau Rujukan Diri:
         Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat,situasi pengirim
         dan hubungannya dengan penerima.
      14.1     Yang benar,
      14.2     Saya yang menurut perintah,
      14.3     Patik dengan hormat dan takzimnya,


SAPAAN (Sistem Panggilan dan Rujukan Kehormat)

Sapaan yang diberikan di bawah ialah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi. Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut:

1. Kata pembuka rujukan kehormat : Kebawah  ( Sultan)
2. Rujukan kehormat : Duli Yang Maha Mulia (Sultan),Yang Berhormat (ADUN).
3. Gelaran jawatan : Yang di-Pertuan Agong (Agong)
4. Gelaran raja : Sultan
5. Gelaran keagamaan : Haji
6. Gelaran bahasa Arab: Al-Musta’in Billah
7. Gelaran warisan: Nik, Syed.
8. Gelaran akademik dan ikhtisas: Profesor (ikhtisas) , Doktor (akademik).
9. Gelaran adat: Datuk Baginda Besar (Negeri Sembilan)
10. Gelaran kurniaan: Tan Sri, Dato’ Seri,Datuk.
11. Gelaran kurniaan tanpa bintang: Dato’ Seri Wangsa Diraja (Perak)

Rujukan Kehormat

Bil

Jawatan

Rujukan Kehormat
Penyandang

Rujukan Kehormat
Untuk Isteri
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Yang di-Pertuan Agong
Sultan Perak
Raja Muda
Raja Di Hilir
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri,Timbalan Meneteri ) dan Setiausaha Parlimen    )
Yang Dipertua Dewan           )
Rakyat  dan Dewan Negara  )
Timbalan Yang Dipertua    ) Dewan Rakyat  dan            )
Dewan Negara                   )
ADUN dan Ahli Parlimen
Tun dan Toh Puan
Tan Sri dan Puan Sri
Datuk/Dato’/Datin
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Duli Yang Teramat  Mulia Raja Muda Perak.
Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak
Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat
Yang Berhormat
Yang Berhormat
Yang Berhormat
Yang Berhormat
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Seri Paduka Banginda
Raja Permaisuri Agong
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak
Duli Yang Teramat  Mulia Raja Puan Besar Perak
Duli Yang Amat Mulia
Raja Puan Muda Perak
Yang Amat Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia

Bil

Jawatan

Rujukan Kehormat
Penyandang

Rujukan Kehormat
Untuk Isteri
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar Malaya dan Borneo
Hakim Mahkamah Tinggi / Agung
Ketua Setiausaha Negara
Panglima Angkatan Tentera
Ketua Polis Negara
Pegawai Tentera/Polis
Ketua Setiausaha
Speaker Dewan Undangan Negeri
Menteri Besar/Ketua Menteri
Setiausaha Kerajaan/ Penasihat Undang-undang/ Pegawai Kewangan Negeri
Ketua Jabatan
Raja/Tengku
Profesor/Doktor
Mufti
Kadi/Ulama
Pengarah Jabatan Agama Islam
Balu Almarhum Sultan
Raden, Syeikh

Yang Amat Arif
Yang Arif
Yang Arif
Yang Berbahagia
Yang Amat Setia
Yang Amat Setia
Yang Setia
Yang Berbahagia
Yang Berhormat
Yang Amat Berhormat
Yang Berhormat
Yang Berusaha
Yang Mulia
Yang Berbahagia
Sahibul Samahah
Sahibul Fadilah
Sahibus Saadah
Yang Maha Mulia
Yang Mulia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Mulia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Mulia
Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Satu Gelaran:

Contoh:
i.     Yang Teramat Mulia Tengku (isim)
ii.    Yang Mulia Raden (isim)
iii.   Yang Amat Berbahagia  Tun (isim)
iv.   Yang Mulia Syeikh (isim)
v.    Yang Berbahagia Tan Sri (isim)
vi.   Yang Amat Berhormat Dato’ Seri (isim)

 Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Gelaran:

1.       Jika gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti Tengku dan Raja, gelaran itu
             hendaklah didahulukan daripada gelaran kurniaan.
  Contoh: 
i.      Yang Mulia Raja Tan Sri ( isim)
ii.     Yang Mulia Tengku Datuk (isim) 

2. Sekiranya gelaran warisan itu bukan yang kanan seperti Syed,Meor,Nik  dan Megat
    gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran kurniaan.
    Contoh:
i.       Yang Berbahagia Datuk Nik (isim)
ii.      Yang Berbahagia Tan Sri Syeikh (isim)
iii.     Yang Berbahagia Datuk  Syed (isim)

3. Kalau kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran kurniaan maka hendaklah 
    didahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan. 
    Contoh:
i.        Yang Berbahagia Tan Sri Datuk (isim)
ii.       Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri (isim)
iii.      Yang Amat Berbahagia Tun Datuk (isim).

4. Contoh-contoh lain bagi orang yang mempunyai gelaran lebih daripada dua. 
i.         Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji (isim)
ii.        Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. (isim)
iii.       Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. (isim)
iv.        Yang Amat Arif Raja Tan Sri Datuk (isim)
v.         Yang Arif Tengku Tan Sri Datuk (isim)
vi.        Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Syed (isim) 

Sapaan Bagi Datuk Gelaran (Gelaran Datuk yang tiada pingat): 
i.          Yang Berbahagia Dato’ Lela Jasa . (Terengganu)
ii.         Yang Berbahagia  Dato’ Karma Jaya. (Kedah)
iii.        Yang Berbahagia Dato’ Paduka Maharajalela  ( Negeri Sembilan)
iv.         Yang Berbahagia Dato’ Seri Wangsa Diraja . (Perak)

 Faktor yang menentukan susunan gelaran:

1.  Susunan gelaran kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agung paling kanan dan
    diletakkan pada permulaan susunan gelaran . Manakala susunan gelaran kurniaan
    daripada  kerajaan negeri (kedua kanan) .
2. Walau bagaimanapun susunan gelaran juga berdasarkan istiadat kerajaan negeri
    dan juga  berdasarkan kebebasan individu.


Sumber oleh:
Allahyarham En Abd. Rashid bin Omar,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
Kuala Kangsar.
15 September 2003


Saya tidak menanam nenas,
Tanam kepaya di dalam padi;
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.


(Mohd. Taib Osman, 1975:21)




Rujukan:
1. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu (DBP)
2. Acara Rasmi Adat Istiadat Menyambut  Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan
    Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang
3. Sejarah Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang. (DBP)