Sunday, 4 October 2015

Surah Ad-Dukhan


بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Post hari ni saya nak kongsikan sedikit berkenaan cuaca jerebu yang dah beberapa hari ini kurang memuaskan (nak bernafas pun sesak dgn mask bagai).
 Berikut adalah bacaan ipu terkini (5 Oktober 2015) seperti di bawah :-

sumber : berita Awani

Sedikit sebanyak teringat saya tentang surah Ad-Dukhan. Apa kaitannya dengan surah Ad-Dukhan. Jom kita baca lagi...

   SURAH AD-DUKHAN 
Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. 

Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerebu atau Asap’.

Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.


Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:

Orang-orang kafir Makkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.

Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.


Menurut tafsir Ahmad Sonhadji,

 " Surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; " sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini;

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)


  KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH AD-DUKHAN
  Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka   yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:

1.      Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2.      Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad;“Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.


3.      Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkataRasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surahAd-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akanmembangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)


FADHILAT SURAH AD-DUKHAN DI MALAM JUMAAT

1.       Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka di beri keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).

2.       Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).


3.       Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”


  MEMBACA SURAH AD-DUKHAN, diampunkan oleh Malaikat

1.       Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70,000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi)

2.       Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)


3.       Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi)


 KHASIAT AYAT-AYAT SURAH AD-DHUKAN

    Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.

µ  Khasiat ayat 1-8          – Membantu membinasakan musuh.

µ  Khasiat ayat 12           – Dijauhkan daripada ditimpa bala.


µ  Khasiat ayat 59           – Dapat membantu memenangi berhujah.

    Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah      Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan  yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan    maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun  untuk  pembacanya.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Semoga dapat menjadi teladan dan panduan buat kita semua.
Terima kasih kerana sudi membaca :) 

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Hiduplah Seperti Buah

بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



“ LEMBUT BUDI KERANA BAHASA, LEMBUT MELAYU KERANA ADAT "



FALSAFAH BUAH-BUAHAN
Sumber : Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


Buah JAGUNG
  ☞ Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
       Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang                Cuma ada satu.
           MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

BUAH DURIAN
   ☞ Jadilah buah durian, jangan jadi buah kedondong.
        Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi di dalamnya lembut dan                 manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji             yang berduri.
            MAKSUDNYA : “ Don’t Jugde a Book by The Cover. “ – Jangan menilai orang lain dari                     luarnya sahaja.

BUAH KELAPA
   ☞  Jadilah seperti kelapa.
         Semakin tua semakin pekat santannya.
             MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

BUAH MANGGIS
   ☞  Jadilah buah manggis.
         Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
            MAKSUDNYA : kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di              dalam hati.

UBI KAYU
   ☞   Jadilah ubi kayu.
         Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
            MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.

TANGKAI PETAI
    ☞  Jadilah seperti tangkai petai, bukan tangkai mempelam.
          Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak                     seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
             MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.

POKOK PISANG
    ☞   Jadilah pokok pisang. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
             MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.


Sekian.
Semoga dapat menjadi teladan dan panduan buat kita semua.
Terima kasih kerana sudi membaca J


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, 30 September 2015

Ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda

بِبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
1.      Al-Muawwizat
2.      Ayatul Kursi
3.      Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
4.      Ayat Berkubu
5.      Ayat Penggerak



1.    AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

Al-Muawwizat iaitu;
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Naas

CARA
Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
Mengangkat dua tangan seperti berdoa
Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan ke seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.    AYATUL KURSI
Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
Untuk melindungi rumah baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


3.    AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka kerana itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
Berdiri di satu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


        4.   AYAT BERKUBU
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


     5.    AYAT PENGERAK

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.

Sumber: Darussyifa




Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.